Ramai orang yang memiliki kereta sekarang kerap menghantar kereta untuk dibasuh di car wash car wash berdekatan. Untuk golongan tu, tak perlu baca cerita selanjutnya. Post ni sesuai untuk sesiapa yang suka basuh kereta sendiri atau baru nak berjinak2 nak jaga kereta sendiri.
Yang pertama, shampu kereta. Jangan sesekali pakai sabun basuh baju utk body kereta.sabun tu boleh pakai hanya untuk tayar. atau rim kereta. sahaja. Antara mana-mana shampu yang terbaik, pilihlah sendiri. yang baik semestinya mahal. jangan kene tipu sudah.
Sediakan dua balang air. 1 utk air bercampur shampu tersebut, lg satu air biasa untuk bilas. bila dah lap kereta pakai shampu, sebelum celup dalam air bercampur shampu, bilas kain tu dgn air bersih dulu. kadang pasir yang masih melekat dekat kain boleh mencalarkan kereta.
Kain yang sesuai untuk basuh kereta
Kain macam ni bagus sebab texture dia akan memerangkap kotoran jauh kedalam permukaan kain dang tidak mencalarkan kereta. selalu diingatkan, basuh dari atas ke bawah. tapi, start dengan cermin dahulu. cermin dikatakan permukaan yg paling bersih daripada semua permukaan kereta. maka mulalah dengan lap cermin. dah lap, simbah dengan air daripada getah paip (elakkan semburan tajam). seelok eloknya bukak nozzle getah paip tu dan biarkan die keluar mengalir ke kereta anda. Ini akan menghilangkan kesan watermark pada permukaan cermin.
Jangan tekan terlalu kuat untuk lap layer yang pertama. untuk permukaan yang terlalu kotor, mulakan lap dengan jumlah tekanan yg rendah dan meningkat kepada yang tinggi sehingga kotoran hilang. cara nak tau kotoran da hilang adalah dengan sentuhan tapak tangan anda kepada permukaan tersebut. sekiranya licin, maka bersihlah dia. Jangan biarkan sabun terlalu lama melekat di permukaan kereta kerana watermark akan meninggalkan kesan. lebih susah nak lap untuk hilangkan. setiap kali selesai lap 1 bahagian kereta, simbah dengan air bersih. teruskan sehingga semua permukaan kereta dicuci.
Selesai mengelap kereta dengan sabun, masa untuk keringkan kereta. Sebaik-baiknya basuh kereta anda di bawah tempat berbumbung, dan cuaca panas. Untuk keringkan kereta yang sedang basah, gunakan microfibre towel yang mudah menyerap air.tujuan untuk meyerap air. bukan lap sehingga kilat. biarkan baki baki air yang tinggal untuk dilap untuk langkah yang terakhir.
untuk kain yang terakhir, bertujuan untuk lap sehingga kilat, gunakan kain polishing. yang biasanya dijual berwarna kuning atau oren. lap daripada cermin dan seterusnya ke permukaan lain. untuk langkah ini, biarlah lama untuk memastikan hasil yang memuaskan.
No comments:
Post a Comment