Salam. lama gila x blogging rase. ade jugak nak setengah tahun kalau ikot last post. kalau betul2 ikot aktif, dah setahun tinggal. ntah ape la aq buat selama ni.
Sekarang aq da x terikat mana mana kontrak. aq sudah bebas. lama aq tunggu saat ni sejak 2 tahun lepas. sepanjang 2 tahun banyak pengalaman telah aq tempuhi. ada yang gila ada yang biol.
pahit manis die aq sendiri telan. kadang2 kita kat atas, kadang2 kat bawah jambatan tamparuli, kadang2 tersepit celah gigi suarez. x de siapa tahu selain empunya badan.
kerja ni mmg gila x dapat imagine pny. nak kata manage masa antara akademik dgn kor dgn baik mmg la mabok. masa ni aq dapat membezakan tanggungjawab dan keperluan. dua2 sama berat. aq x boleh bahagi masa 50-50. kalau rasa keperluan memerlukan perhatian, maka keperluan menjadi keutamaan. so jadi 80-20. bila tanggungjawab perlu diberi perhatian, die jadi 90-10.
rakan2 sentiasa mengharapkan kesempurnaan dalam menjalankan tugas. namun jasad ni hanyalah sepohon pokok yang menunggu angin untuk bertiup ke arah mana. tak da angin maka diamlah ia. jika angin kuat, maka jatuh la dedaunan yang rapuh di atas dahan.
kesilapan boleh menjejaskan kedudukan. terpulang kepada angin yang meniup. angin akan hanya melalui celahan pokok dan pergi. tetapi daun yang jatuh akan kekal di atas tanah. jika angin kuat menjatuhkan daun yang banyak, daun akan tinggal sikit. lama kelamaan akan tiada lagi.
perginya daun2 itu akan meninggalkan hanya ranting yang berpaut pada dahan. menunggu masa untuk dicantas dan ditebang.
tumbuhnya pucuk baru diharapkan dapat menampung kekuatan angin yang akan melaluinya. bergantung pada baja yang disemai, ranting, dahan, daun akan lebih banyak dan jatuhnya daun ke bumi hanyalah daun yang telah kering dan bukannya disebabkan angin.
No comments:
Post a Comment