Post kali ni akan mengisarkan tentang pengalaman pertama aq memiliki kereta sendiri selain daripada pinjam kerata dan tumpang kereta orang atau orang tua.
Stagenya terbahagi kepada 3 bahagian.
1. Niat
2. RnD
3. Purchase
kita go on niat first. sorry kalau korg orang Dewan Bhasa dan Pustaka punya orang x boleh terima bahasa campur ni. tp aq tetap move on. Niat die terdetik selepas hari pertama bekerja. Setelah 2 hari menganggur (Sabtu Ahad). Aq rasakan sangat perlu kereta ni sebab aq dok Joho. x de monorail, KTM bagai. So jalannnya transport sendiri. Untuk masa terdekat, disebabkan kereta ada 1 je kat rumah, so terpaksalah orang tua nganto pegi balik keje. hari2.
Stage stage tu mulalah kesian kt org tua nak nganto pegi balik. bukan jaoh tp kalau da hari2, aq pon x sanggup. Masa tu da ade niat yg lebih siryes utk cari kete. lepas tu, kita sampai ke Stage RnD.
Stage ni paling complicated. Sebab ko kne buat decision lifetime utk diri sendiri. Bdasarkan gaji, aq tau yg Bank Negara akan luluskan loan kereta yg bulan2 < 1/3 gaji. So aq ambil pendekatan untuk tolak siap2 EPF, then bahagi 3. dapatla dalam RM7**. Tapi, aq fikirkan masa depan, dgn duit minyak yg harganya x dijangka, service x menentu, emergency occurence, so aq kurangkan RM200 daripada harga RM7** tu. So dapatlah RM5**. Dan kereta apakah yg sesuai utk range tu? Ha ni part paling pening dan boleh buat gadoh sesama kaum.
Subtopic RnD ni pulak ada 3 bahagian.
1. kereta 2nd VS kereta baru
2. Proton VS Perodua
3. Winner Proton/Perodua VS its own model
x ramai yg syorkan kereta 2nd ni. Tp sebab inginkan kereta import (toyota/honda) membuak, so kereta 2nd masuk list. 2-3 kali jugak g kedai jual kereta terpakai. memang murah x ingat. bulan2 dalam RM3** boleh dapat Vios/Civic. Tp usia da lebih 10 tahun. Biasanya kereta >10 tahun ni macam org tua. Usia ni patut kereta tu dah boleh bawak g pasar (buruk) unless dijaga dgn baik. Yg tu sgt subjektif. kene tgk kereta tu 1 / 2 ownerlah, owner lelaki/perempuan lah, owner teliti/ x telitilah. macam2. susah2 sgt angkat kereta baru. senang. maintenance x yah takut. interest pon rendah compare 2nd car. SO utk subsection ni, kereta baru menang. Berikut adalah gambar survey kereta 2nd
Utk kereta baru, dengan range RM5** sebulan, apa yg sesuai cuma kereta Malaysia, Proton dan Perodua. antara dua ni, banyak org2 katakan dalam forum dan kedai mamak.So yang akan masuk dalam list range RM5** sebulan ni cuma kereta:-
Perodua:
Viva Elite dan kebawah
Myvi 1.3 dan kebawah
Proton
Saga FLX 1.6 dan ke bawah
Persona Elegance 1.6 dan ke bawah
ni semua atas dasar 10% D/P, skim graduan (bank islam loan)
kriteria yg aq pentingkan adalah:-
Fuel consumption
Long distance travelling (highway)
Space
Maintenance / spare parts
Performance enjin
Look
setelah sebulan dua research pasal ni, tanya member, org yg pengalaman, forum, pengalaman drive sendiri, hasilnya:
Fuel consumption = Viva (winner of all Msia model)
Long distance (highway) = Proton (any model)
City ride (stop n go) = perodua
Space = Proton
Maintenance = Proton (quite fair dgn perodua)
Performance (ketahanan) = Perodua
Look = Subjektif (fair equally)
Setiap satu kriteria tu sangat panjang ceritanya. So aq skipped terus ke majority win, (tanpa blackout), Proton. Meh aq cerita serba sedikit perkembangan plot cerita.
aq start dengan FC, memang x dapat dinafikan, Perodua mmg superb, nak nak Viva. saving tahap anjing. (tolong jangan saman). Tp look die aq x berkenan sgt. banyak nak kene modify (bikin) kalau nak sampai tahap look yg aq puas hati. Masa tu aq realise, look mmg keutamaan aq selain FC. So beralih kepada Myvi. paling power boleh aq dapat, Myvi 1.3 ezi. Ntah kenapa aq rasa, kereta Myvi x masuk jiwa aq. salahkan global. Myvi aq rasakan sesuai utk pengguna wanita /gadis. plus, Space bonnet die x banyak. letak je gitar, ko trus fikirkan destinasi yg dekat2 utk travel. x match. So tinggal Proton. What's in the Proton model?
Sekarang, ke subsection terakhir. Model2 yang ada adalah Persona Elegance 1.6 dan Saga FLX 1.6. Antara dua ni, kriteria yg paling fight utk dua model ni adalah enjin + look. Persona pny look bg aq lawo atau cantik. Saga ni standard je. ramai sangat own this model, so aq consider saga macam cliche atau typical. Tp bila refer pada enjin performance, eh! apa tu CVT? CVT ni ada kat Saga FLX. lepas bermalam dengan research pasal CVT ni, rupanya, CVT secara x langsung fuel save! nah, kriteria FC da terjawab masa ni. bagi yg x tau CVT tu, tgk sendiri link video bawah
So sekarang cume look sga je aq x berkenan. x lama kemudian aq diberi petunjuk, bahawa kewujudan Saga FLX SE. Ha, utk model ni, look saga yg aq da downgrade td, da up balik. sebab apa? bodykit da siap, seat leather, smoke rear lamp. So kilang2 pny spec pn aq da dapat sporty pny look. so setel ah. Utk bodykit aq x payah nak buang duit lagi. masa ni rancak la tgk pro and con saga flx se ni. mostly kt forum lowyat. Conclusionnya banyak komplen pasal rear drum brake n power window. Bg aq power window ni typical Proton. mana2 ada je prob ni. sampai naik isu ni kat Istana Budaya lawak ke der 1 joke Harith. Kadang2 isu ni nasib gak. even Perodua pn ade gak masalah ni padahal kete baru2. Doa2 lah dijauhi masalah ni. Masalah lain tu, kalau betul dapat dikenal pasti kesahihan die, masa service free nnt pegi tukar apa patut. Jadi masalah selesai disini. komfem angkat. warna yg aq berkenan, of course putih. mmg dr kecik aq suke transport putih. salahkan global. murah sket, kurang dalam 4** gitu. klw ade yg berkenan fire red, go on. cantik jugak. x de maslah
The very last stage, Purchasing.
kne prepare siap dokumen2 yang patut. Utk guna skim graduan ni, apa yang perlu adalah:-
IC
Lesen
Offer letter
Slip gaji (sebulan penuh sekurang-kurangnya)
Transkrip temporary (kes aq x abis belajar lg so belum konvo)
EPF statement
Surat tamat belajar
Ni semua x da penjamin. nama sendiri, x nyushakan org lain. Dah bolehlah g showroom usha2 kete tu. Satu petang tu aq g showroom Skudai kebetulan mmg lalu hari2 balik keje, ada 3 bijik model tu. tgk gambar2 bawah ni.
Lepas pass dokumen tu semua, dealer tu kata, maybe ambil masa seminggu dua utk approval sebab kene hantar kt KL. kalau bank biasa sekejap je. sehari dua je kalau dokumen x de masalah. duration tu adalah bank call tanya tu ini rimas plak. nak cepuk je rasa tp sabo je sebab nak kete kan, jawab je le. So tatally lepas submit dokumen tu, 2 minggu tepat, bank approve. part ni aq x marah sgt. nak pinjam duit bukan suke2 je boleh bagi. lgpun x la rushing sgt. Isnin approve, selasa sign dokumen, rabu bayar d/p, kereta ready stok khamis, jumaat nak daftar JPJ x sempat pulak. so Isnin depan daftar. Success. dealer tu pasang no plate, dapat free gift tinted ambil masa sehari dua utk siap. tu kne pandai-pandai mintak. Finally, Rabu tu jugak dealer tu call, kete da siap tinggal amek bawak balik.
memandangkan keje masa tu, kene lah amek malam. padahal busy ade projek kene siap. kuar office jap kol 730 lepas maghrib. sampai2 kete aq da terpampang depan showroom die. tinggal nak start enjin je. disebabkan perangai aq yg bukan suka2 amek gambo sana sini, maka masa tu 1 gambo je aq amek. First destination kereta aq adalah office. sambung keje sampai 11 mlm dalam kepala da ke laut. Balik keje malam tu gak aq bukak plastik die. x nak lah dituduh jakon sgt berkereta baru. cukuplah bau kedai yg kuat sampai sekilo da bau. Lepas hari tu, bermulalah hari hutang aq yg paling besar. Tarikh penerimaan 1/10/13. Sama tarikh dengan pemergian arwah atuk aq 10 tahun lepas.
1 comment:
tarikh tu akan sentiasa dalam ingatan :)
Post a Comment