Tuesday, October 22, 2013

Teknik membasuh kereta

Salam

Ramai orang yang memiliki kereta sekarang kerap menghantar kereta untuk dibasuh di car wash car wash berdekatan. Untuk golongan tu, tak perlu baca cerita selanjutnya. Post ni sesuai untuk sesiapa yang suka basuh kereta sendiri atau baru nak berjinak2 nak jaga kereta sendiri.

Yang pertama, shampu kereta. Jangan sesekali pakai sabun basuh baju utk body kereta.sabun tu boleh pakai hanya untuk tayar. atau rim kereta. sahaja. Antara mana-mana shampu yang terbaik, pilihlah sendiri. yang baik semestinya mahal. jangan kene tipu sudah.





Sediakan dua balang air. 1 utk air bercampur shampu tersebut, lg satu air biasa untuk bilas. bila dah lap kereta pakai shampu, sebelum celup dalam air bercampur shampu, bilas kain tu dgn air bersih dulu. kadang pasir yang masih melekat dekat kain boleh mencalarkan kereta.

Kain yang sesuai untuk basuh kereta





Kain macam ni bagus sebab texture dia akan memerangkap kotoran jauh kedalam permukaan kain dang tidak mencalarkan kereta. selalu diingatkan, basuh dari atas ke bawah. tapi, start dengan cermin dahulu. cermin dikatakan permukaan yg paling bersih daripada semua permukaan kereta. maka mulalah dengan lap cermin. dah lap, simbah dengan air daripada getah paip (elakkan semburan tajam). seelok eloknya bukak nozzle getah paip tu dan biarkan die keluar mengalir ke kereta anda. Ini akan menghilangkan kesan watermark pada permukaan cermin.




 Jangan tekan terlalu kuat untuk lap layer yang pertama. untuk permukaan yang terlalu kotor, mulakan lap dengan jumlah tekanan yg rendah dan meningkat kepada yang tinggi sehingga kotoran hilang. cara nak tau kotoran da hilang adalah dengan sentuhan tapak tangan anda kepada permukaan tersebut. sekiranya licin, maka bersihlah dia. Jangan biarkan sabun terlalu lama melekat di permukaan kereta kerana watermark akan meninggalkan kesan. lebih susah nak lap untuk hilangkan. setiap kali selesai lap 1 bahagian kereta, simbah dengan air bersih. teruskan sehingga semua permukaan kereta dicuci.

Selesai mengelap kereta dengan sabun, masa untuk keringkan kereta. Sebaik-baiknya basuh kereta anda di bawah tempat berbumbung, dan cuaca panas. Untuk keringkan kereta yang sedang basah, gunakan microfibre towel yang mudah menyerap air.tujuan untuk meyerap air. bukan lap sehingga kilat. biarkan baki baki air yang tinggal untuk dilap untuk langkah yang terakhir.






untuk kain yang terakhir, bertujuan untuk lap sehingga kilat, gunakan kain polishing. yang biasanya dijual berwarna kuning atau oren. lap daripada cermin dan seterusnya ke permukaan lain. untuk langkah ini, biarlah lama untuk memastikan hasil yang memuaskan.

Wednesday, October 16, 2013

SAGA FLX SE 1.6 review

Salam.




kali ni nak sembang pasal review kereta Saga FLX SE 1.6 yg baru aq dapat 2 minggu lepas. Comparison aq banyak berkaitan kereta Toyota dan Perodua. Bila cakap pasal kereta Toyota, aq merujuk kepada kereta Vios 1.5G first generation. yang zaman tu bukan dugong lagi. kalau Perodua, ia mewakili Alza 1.5 EZi. Dua dua aq da ade pengalaman bawak 1-2 tahun. bukan test drive. Kalau dua-dua kereta ni korg rasa x sesuai nak compare, just jgn baca. tu kire x valid. aq just buat comparison bdasarkan pengalaman.


Drive

Mula2 bawak, aq try break in kereta baru dgn speeding, tp sebab bukan highway, aq dapat 120 je. tu pn x flooring (tekan pedal sampai lantai). tp aq rasa boleh pegi lagi. tunggu masa lain aq speed. Cornering die MasyaAllah sebab tbaik. kalah Vios. sebab ada Lotus ride and handling, aq rasa cornering stakat highway pny exit yang mcm roundabout tu, aq boleh drive 80km/h. x melayang. masih stable. kalau vios mmg aq rasa nak terangkat. bende2 kecik macam elak lopak air, elak batu, x de masalah. even passenger pn x sound suruh slow sikit aq ngelak mcm nak giler. bawak vios inertia die melebih. corner ke kiri badan tu kalau boleh nak lekat ke tingkap kanan. aq x compare perodua sebab aq pakai alza so body tinggi, mmg x valid nak compare dgn sedan. kalu nak cerita jugak, mmg teruk berbanding kete saga ni dgn vios.

Fuel Consumption

FC toyota mmg unbeatable. bg aq yg dok JB ni. pakai Vios setakat balik pontian 40-50km dr JB tu, 1 bar pn x turun. pergi balik baru turun 1 bar. tu pun mati enjin esok pagi tgk x turun balik. still at the same level. power2. maybe second winner goes tu Viva. even aq x penah drive Viva, berdasarkan kata2 orang, mmg viva ni jimat minyak teruk. tgk la CC die berapa kan.. mmg layak la. kereta aq ni tggu cukup 1000km dulu baru sembang.

 Max Speed Limit

there was one time, lalu highway, dapat jugak cecah 160km/h. tapi, tapi bunyi bising enjin mcm bunyi radio tu background music die. kuat x ingat.tp boleh pegi lagi tu. bunyi je kuat, stable lg. proton claim kete tu boleh pegi max 165km/h. tu belum flooring lg tu. so 160km/h aq tu masih belum max speed limit.


Aircond

aircond die, fuh. kalau aq samakan temperature utk 3 kereta ni, nak dapat temperature sama, kipas proton ni bukak 1 je. vios bukak 2, alza bukak 3. kalau kete tu bukak 2 da laju, apa lg 4. aq x penah try lg bukak fan sampai 4. ade orang cakap bunyi fan aircond die bising, tp kan boleh naikkan temparature, slowkan fan? kan? kereta panas2 Malaysia ni bukak 2 da cukup. Memang x de aircond kaki. tp dgn sejuk cmni, x payah pn x pe.

Steering 

steering die bg aq ketat kalau compare dgn vios, alza. tp boleh consider lg la. kalau cornering sedap, bayaran die mesti la steering ketat skit. kalau longgar, senang sangat ko nak terpulas lebih nnt masa corner. Lgpun terima jelah sbg build-up muscle. bukan ketat sgt pn. ok je da lama2.

Overtake

nak potong kereta, syok jugak. aq pakai mostly CVT. 90%. sebab fuel saving. tekan je agresif skit, pergi die senang. kalau kereta dean setakat 60-80 km/h, sekejap je da setel. x payah bukak signal. die macam magic. kalau 100km/h kereta depan tu boleh jugak potong tp take time. lama die ko boleh toleh kereta sebelah, lambai tangan, da setel. x sempat bukak keropok da potong. ok la tu. 1.6 kan.

Suspension

suspension die antara yg bagus dr alza n vios. ade sekali x perasanade bumper, langgar dalam speed 60km/h, aq rase x de masalah. kalau Vios dah hentam bendul, kalau alza kepala da terhantuk bumbung. Stakat bumber besar yg slope die rendah, bawak 40km/h jalan je x yah brake.

Disadvantage

banyak baik je kan, kali ni yg x best plak. first skali nak cite, pintu. absorbance die pny teruk, org luar kete nak bukak pintu blakang kata " apsal kunci pintu?" padahal x lock pn. nampak x ketat die. hal ni aq akan usulkan masa first maintenance kete tu nnt. hal2 ni mekanikal je. tambah itu ini, setel la. x melibatkan elektronik xpe. aq x hairan sgt.

Then bunyi enjin bising. lepas je 130km/h, ko baru sedar kereta ko laju over speed limit. masa nak sampai 100km/h tu senyap2 je die sampai. bile dah 130 km/h tu baru start mengaum (roar). Aq lupe plak check die pny sound absorber die under the hood. tp kalau nak tambah bende ni mungkin dalam 1*** - 2*** gak la. tp laju2 nak ke mana. tu bunyi je. Nak expect mcm kereta german tp bayar ciput mmg x dapat la.

then, window. aq x kate power window tu stuck, tp aq rasa x smooth die turun naik. macam kne tukar motor die. lg satu, die x de auto. kalau bayar tol tu, kne tukar handling tangan kiri sambil tgn kanan tekan power window button. yg ni mmg x bleh elak. aq x sure plak samada ade workshop boleh buat ni. tp ikut possibility capability engineer kt Msia ni, bende tu  boleh buat. Cuma end-product die nampak cantik atau x je.


ade certain review ikhlas dr 1 blogger ni, (aq copy paste)

salam.
just nk share..Saga FLX 1.3 Ex (full spek lah ni)..
Beli mei 2012..
dah dekat setahun. Mileage 26k km..

1st you kena find out/fokus:
Nak kete baru, tp murah, jimat minyak, power, handling tiptop, safety terbaik, bla..bla..bla..semua pakej tu xdpt la kot..semua boleh ada pkj tu kecuali harga murah.
so, setakat ni kenma terima hakikat lah kete baru yg full pakej bagai tu rege diluar kemampuan la...tggu pas PRU13 lah kot2 rege leh murah 20%..hehe..[bkn nk politik]..

so,pilihan yg ada Saga or myvi..
aku amik saga sbb:
1- lebih murah dr myvi..beza lbh kurang RM8k-RM10k jgk tu..yedok..?
2- handling lbh baik..tp xsebaik persona..(maklum le pakai torsion beam je kan..)
3- bonet belakang lbh besau.
4- myk jimat (1.3)..1.6 aku xtau..
5- NCAP crashing test 3 star (1.3 Ex)..myvi aku xtau..
6- peduli apa aku desbod hempeh mcm plastik..
7- NVH tgggi. mmg bising bunyi angin..enjin mengaum..argh..peduli lah..nnt ada duit masuk sound proofing. beli segulung menatang tu kat jln pasar, KL..then blk buat sendiri. set2 club SAGA byk dah buat. sedap giler..bunyi air hujan pun xdgr..nanti lah..


8- gbox CVT (walaupun rubber band effect mcm sucks jgk. especially time nk parking atau dlm jem), tp h'way atau jln street FC so far so good. Daripada Putrajaya ke Baling, Kedah myk dapat lebih kurang 12.5km/liter, average speed menten 140kmj. (blk ada kecemasan). then, blk ke Putrajaya menten speed 90kmj-120kmj, FC dapat 14.5km/l..ok la kot sbb viva mak aku FC 15km/l..aku xpeduli meter bar minyak tu turun cpt ke lmbt..jnji FC ok..Volvo S70 member pun 12.5km/l..hehe..

9- pikup kureng skt, especially dr statik. means dr tayar mula nk berpusing, lmbt skt..klu kncil/kelisa ada sebelah.mmg dia pi dulu la..tp, bila kete dah jln, br ok..syiok je pegi..itu la xbestnye g/box CVT ni...pegi xda kick..tp smooth..bila nk overtake, kena pandai main throttle, sbb shift-down gear lmbt nk trigger.. er..SAT..? helo, SAT bkn tiptronik punya mod ha..jgn slp..itu bkn mcm fungsi gear tambah tolak punya yg mcm ada kat preve..itu lain..versi pun lain..walau company sama punch powertrain.. tp itu versi lain..ia leh tahan tork lebih tggi bnding yang ada kat saga (Saga FLX 1.3, 1.6 and preve NA sama je gbox nye-VT2=186Nm max)..CFE (exora bold n prece cfe) saja yg pakai versi lain (VT3=215Nm).. tiptronik (yg ada kat preve CFE xsama ye dgn SAT button tu). SAT button hanya akan 'set' kan ratio gear kepada 'fix' ratio..so, kita akan tgk rpm akan naik turun bila ada pertukaran gear..banding klu release SAT tu..ratio gear akan continuous bergerak ikut speed and rpm punya keje..sbb tu namanya CVT- Continous Variable Transmission.. so, pada mana2 rpm kita akan dapat satu point yg cun ratio gear nya supaya ia akan bg power yg optimum..bergantung kepada cara n keadaan anda main throttle..sbb tu ia leh jimat myk..padahal enjin campro ni. bkn utk jimat myk.,ia lebih kepada performance..syiok main midle rpm..ms ni br dtg dia punya power..tp CVT punya hal..power dia dtg cpt skt..rpm rendah pun..ok lg dia pegi..

manakala tiptronik yg ada pd Preve mmg akan 'fix' kan ratio, dan juga proses shift-up/down gear akan betul2 ikut citarasa pemandu..(walaupun ia akan ada cut-off jgk..xcaya cuba try...hehe)..banding SAT button, shift-up/down gear kita xleh buat apa..ikut computer box (TCU) punya arahan ja la..tgk jgk cara main throttle..

10- Xda mslh besau lg setakat ni kecuali:

(i) Masalah brek bunyi mcm org menukang. ni mangkuk punya 'vendor proton'...jgn salahkan proton, sbb proton xda kuasa nk buang vendor2 kroni ni..so apa yg proton leh buat, masuk SC Subang, diorang xtkr, tp just solve the problem je. sbb klu tkr tu pun brg yg sama. mslh ttp berlaku. masalah spring brake shoe xckup kuat. pas 3 bulan kuar dr SC, bunyi lg..magkuk betul..! aku bior je..sbb ada 2 pilihan, sama ada masuk terus brake disk atau tkr spring..nnt lah mggu dpn nk sebis 26K km..buat sekali..leh klem..hehe..

(ii) enjin mcm nk mati bila idle..xtau sbb apa. tp kdg2 je. bila tgh jem atau compressor in off condition..argh.. bior je le..hehe..nnt masuk diagnose tools utk cek apa mslh..then klem waranty..mcm tu la proton..tp akan pakai jgk..sbb apa..? sbb ni ja kete baru yg aku mampu pkai..

itu saja..sekadar perkongsian...hehe..


antara review2 yang best pasal SAGA FLX SE NI:-

http://www.autoworld.com.my/v2/news/nb_details.asp?keyword=saga+flx&MainCat=RT.ATC.CAR.BTW&CarMake=Proton&hidAction=Search&btnSearch.x=38&btnSearch.y=14&awReviewID=3716&whichpage=1

http://willyyee.blogspot.com/2012/03/saga-flx-se-16-personal-review.html

http://drleemind.blogspot.com/2012/02/proton-saga-flx-16-se-review.html

topik topik lain kalau aq berkesempatan, nnt aq cite. semoga jumpa lagi lain post.

salam

Tuesday, October 15, 2013

Pengalaman pertama

Salam

Post kali ni akan mengisarkan tentang pengalaman pertama aq memiliki kereta sendiri selain daripada pinjam kerata dan tumpang kereta orang atau orang tua.

Stagenya terbahagi kepada 3 bahagian.

1. Niat
2. RnD
3. Purchase

kita go on niat first. sorry kalau korg orang Dewan Bhasa dan Pustaka punya orang x boleh terima bahasa campur ni. tp aq tetap move on. Niat die terdetik selepas hari pertama bekerja. Setelah 2 hari menganggur (Sabtu Ahad). Aq rasakan sangat perlu kereta ni sebab aq dok Joho. x de monorail, KTM bagai. So jalannnya transport sendiri. Untuk masa terdekat, disebabkan kereta ada 1 je kat rumah, so terpaksalah orang tua nganto pegi balik keje. hari2.

Stage stage tu mulalah kesian kt org tua nak nganto pegi balik. bukan jaoh tp kalau da hari2, aq pon x sanggup. Masa tu da ade niat yg lebih siryes utk cari kete. lepas tu, kita sampai ke Stage RnD.

Stage ni paling complicated. Sebab ko kne buat decision lifetime utk diri sendiri. Bdasarkan gaji, aq tau yg Bank Negara akan luluskan loan kereta yg bulan2 < 1/3 gaji. So aq ambil pendekatan untuk tolak siap2 EPF, then bahagi 3. dapatla dalam RM7**. Tapi, aq fikirkan masa depan, dgn duit minyak yg harganya x dijangka, service x menentu, emergency occurence, so aq kurangkan RM200 daripada harga RM7** tu. So dapatlah RM5**. Dan kereta apakah yg sesuai utk range tu? Ha ni part paling pening dan boleh buat gadoh sesama kaum.

Subtopic RnD ni pulak ada 3 bahagian.

1. kereta 2nd VS kereta baru
2. Proton VS Perodua
3. Winner Proton/Perodua VS its own model

x ramai yg syorkan kereta 2nd ni. Tp sebab inginkan kereta import (toyota/honda) membuak, so kereta 2nd masuk list. 2-3 kali jugak g kedai jual kereta terpakai. memang murah x ingat. bulan2 dalam RM3** boleh dapat Vios/Civic. Tp usia da lebih 10 tahun. Biasanya kereta >10 tahun ni macam org tua. Usia ni patut kereta tu dah boleh bawak g pasar (buruk) unless dijaga dgn baik. Yg tu sgt subjektif. kene tgk kereta tu 1 / 2 ownerlah, owner lelaki/perempuan lah, owner teliti/ x telitilah. macam2. susah2 sgt angkat kereta baru. senang. maintenance x yah takut. interest pon rendah compare 2nd car. SO utk subsection ni, kereta baru menang. Berikut adalah gambar survey kereta 2nd












 
Utk kereta baru, dengan range RM5** sebulan, apa yg sesuai cuma kereta Malaysia, Proton dan Perodua. antara dua ni, banyak org2 katakan dalam forum dan kedai mamak.So yang akan masuk dalam list range RM5** sebulan ni cuma kereta:-

Perodua:

Viva Elite dan kebawah
Myvi 1.3 dan kebawah

Proton

Saga FLX 1.6 dan ke bawah
Persona Elegance 1.6 dan ke bawah
Savvy  (tolak awal siap2)

ni semua atas dasar 10% D/P, skim graduan (bank islam loan)

kriteria yg aq pentingkan adalah:-

Fuel consumption
Long distance travelling (highway)
Space
Maintenance / spare parts
Performance enjin
Look

setelah sebulan dua research pasal ni, tanya member, org yg pengalaman, forum, pengalaman drive sendiri, hasilnya:

Fuel consumption = Viva (winner of all Msia model)
Long distance (highway) = Proton (any model)
City ride (stop n go) = perodua
Space = Proton
Maintenance = Proton (quite fair dgn perodua)
Performance (ketahanan) = Perodua
Look = Subjektif (fair equally)

Setiap satu kriteria tu sangat panjang ceritanya. So aq skipped terus ke majority win, (tanpa blackout), Proton. Meh aq cerita  serba sedikit perkembangan plot cerita.

aq start dengan FC, memang x dapat dinafikan, Perodua mmg superb, nak nak Viva. saving tahap anjing. (tolong jangan saman). Tp look die aq x berkenan sgt. banyak nak kene modify (bikin) kalau nak sampai tahap look yg aq puas hati. Masa tu aq realise, look mmg keutamaan aq selain FC. So beralih kepada Myvi. paling power boleh aq dapat, Myvi 1.3 ezi. Ntah kenapa aq rasa, kereta Myvi x masuk jiwa aq. salahkan global. Myvi aq rasakan sesuai utk pengguna wanita /gadis. plus, Space bonnet die x banyak. letak je gitar, ko trus fikirkan destinasi yg dekat2 utk travel. x match. So tinggal Proton. What's in the Proton model?

Sekarang, ke subsection terakhir. Model2 yang ada adalah Persona Elegance 1.6 dan Saga FLX 1.6. Antara dua ni, kriteria yg paling fight utk dua model ni adalah enjin + look. Persona pny look bg aq lawo atau cantik. Saga ni standard je. ramai sangat own this model, so aq consider saga macam cliche atau typical. Tp bila refer pada enjin performance, eh! apa tu CVT? CVT ni ada kat Saga FLX. lepas bermalam dengan research pasal CVT ni, rupanya, CVT secara x langsung fuel save! nah, kriteria FC da terjawab masa ni. bagi yg x tau CVT tu, tgk sendiri link video bawah




So sekarang cume look sga je aq x berkenan. x lama kemudian aq diberi petunjuk, bahawa kewujudan Saga FLX SE. Ha, utk model ni, look saga yg aq da downgrade td, da up balik. sebab apa? bodykit da siap, seat leather, smoke rear lamp. So kilang2 pny spec pn aq da dapat sporty pny look. so setel ah. Utk bodykit aq x payah nak buang duit lagi. masa ni rancak la tgk pro and con saga flx se ni. mostly kt forum lowyat. Conclusionnya banyak komplen pasal rear drum brake n power window. Bg aq power window ni typical Proton. mana2 ada je prob ni. sampai naik isu ni kat Istana Budaya lawak ke der 1 joke Harith. Kadang2 isu ni nasib gak. even Perodua pn ade gak masalah ni padahal kete baru2. Doa2 lah dijauhi masalah ni. Masalah lain tu, kalau betul dapat dikenal pasti kesahihan die, masa service free nnt pegi tukar apa patut. Jadi masalah selesai disini. komfem angkat. warna yg aq berkenan, of course putih. mmg dr kecik aq suke transport putih. salahkan global. murah sket, kurang dalam 4** gitu. klw ade yg berkenan fire red, go on. cantik jugak. x de maslah

The very last stage, Purchasing.

kne prepare siap dokumen2 yang patut. Utk guna skim graduan ni, apa yang perlu adalah:-

IC
Lesen
Offer letter
Slip gaji (sebulan penuh sekurang-kurangnya)
Transkrip temporary (kes aq x abis belajar lg so belum konvo)
EPF statement
Surat tamat belajar

Ni semua x da penjamin. nama sendiri, x nyushakan org lain. Dah bolehlah g showroom usha2 kete tu. Satu petang tu aq g showroom Skudai kebetulan mmg lalu hari2 balik keje, ada 3 bijik model tu. tgk gambar2 bawah ni.
















Lepas pass dokumen tu semua, dealer tu kata, maybe ambil masa seminggu dua utk approval sebab kene hantar kt KL. kalau bank biasa sekejap je. sehari dua je kalau dokumen x de masalah. duration tu adalah bank call tanya tu ini rimas plak. nak cepuk je rasa tp sabo je sebab nak kete kan, jawab je le. So tatally lepas submit dokumen tu, 2 minggu tepat, bank approve. part ni aq x marah sgt. nak pinjam duit bukan suke2 je boleh bagi. lgpun x la rushing sgt. Isnin approve, selasa sign dokumen, rabu bayar d/p, kereta ready stok khamis, jumaat nak daftar JPJ x sempat pulak. so Isnin depan daftar. Success. dealer tu pasang no plate, dapat free gift tinted ambil masa sehari dua utk siap. tu kne pandai-pandai mintak. Finally, Rabu tu jugak dealer tu call, kete da siap tinggal amek bawak balik.






memandangkan keje masa tu, kene lah amek malam. padahal busy ade projek kene siap. kuar office jap kol 730 lepas maghrib. sampai2 kete aq da terpampang depan showroom die. tinggal nak start enjin je. disebabkan perangai aq yg bukan suka2 amek gambo sana sini, maka masa tu 1 gambo je aq amek. First destination kereta aq adalah office. sambung keje sampai 11 mlm dalam kepala da ke laut. Balik keje malam tu gak aq bukak plastik die. x nak lah dituduh jakon sgt berkereta baru. cukuplah bau kedai yg kuat sampai sekilo da bau. Lepas hari tu, bermulalah hari hutang aq yg paling besar. Tarikh penerimaan 1/10/13. Sama tarikh dengan pemergian arwah atuk aq 10 tahun lepas.

Sunday, February 3, 2013

Blogging semula selepas cuti bersalin watak

Salam. lama gila x blogging rase. ade jugak nak setengah tahun kalau ikot last post. kalau betul2 ikot aktif, dah setahun tinggal. ntah ape la aq buat selama ni.

Sekarang aq da x terikat mana mana kontrak. aq sudah bebas. lama aq tunggu saat ni sejak 2 tahun lepas. sepanjang 2 tahun banyak pengalaman telah aq tempuhi. ada yang gila ada yang biol.

pahit manis die aq sendiri telan. kadang2 kita kat atas, kadang2 kat bawah jambatan tamparuli, kadang2 tersepit celah gigi suarez. x de siapa tahu selain empunya badan.

kerja ni mmg gila x dapat imagine pny. nak kata manage masa antara akademik dgn kor dgn baik mmg la mabok. masa ni aq dapat membezakan tanggungjawab dan keperluan. dua2 sama berat. aq x boleh bahagi masa 50-50. kalau rasa keperluan memerlukan perhatian, maka keperluan menjadi keutamaan. so jadi 80-20. bila tanggungjawab perlu diberi perhatian, die jadi 90-10.

rakan2 sentiasa mengharapkan kesempurnaan dalam menjalankan tugas. namun jasad ni hanyalah sepohon pokok yang menunggu angin untuk bertiup ke arah mana. tak da angin maka diamlah ia. jika angin kuat, maka jatuh la dedaunan yang rapuh di atas dahan.

kesilapan boleh menjejaskan kedudukan. terpulang kepada angin yang meniup. angin akan hanya melalui celahan pokok dan pergi. tetapi daun yang jatuh akan kekal di atas tanah. jika angin kuat menjatuhkan daun yang banyak, daun akan tinggal sikit.  lama kelamaan akan tiada lagi.

perginya daun2 itu akan meninggalkan hanya ranting yang berpaut pada dahan. menunggu masa untuk dicantas dan ditebang.

tumbuhnya pucuk baru diharapkan dapat menampung kekuatan angin yang akan melaluinya. bergantung pada baja yang disemai, ranting, dahan, daun akan lebih banyak dan jatuhnya daun ke bumi hanyalah daun yang telah kering dan bukannya disebabkan angin.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails