Showing posts with label KRL Brands. Show all posts
Showing posts with label KRL Brands. Show all posts

Friday, August 10, 2012

The Evolution of My Bike

 Sebelum beli secara online lagi, gwa ade la survey sket2 kaler2 yang bg aq identiti aq. pastu survey pny survey jumpe la satu online bike shopping kat Melaka, linknya dirahsiakan melainkan ade request. ni la contoh design yg gwa anta kat kdai tu sebagai guideline. priority lebih kepada kaler dan bukan pada bajet. sebab x de bajet lg mase ni. tp x sabar2. haa. design cume dihasilkan melalui adobe illustrator cs5.


 lepas tu baru la beli secara online.. x sampai seminggu menunggu, sampai suda di pejabat kolej di sebuah IPTA. lepas dikeluarkan daripada kotak nya yg besar x engat, ni lah die rupebentuk die. diikat rapi dan sealed.



 lepas assembly bagai, sebenarny gwa da prepare beberapa "barang" utk bike ni sebelum dapat. misalnya card spokes, tube cover, dan frame sticker. tools terpaksa beli cpat2 lepas dapat tau ketibaanya. so nilah hasil die lepas assemble.



 beberapa modifications sikit demi sedikit dilakukan bagi memantapkan visual dan performance bike gwa. antaranya crankset LASCO classic, pedal plastik merah, dan lastly lampu kelip2 kecik comel molek datang dalam dua kaler, merah dan putih lampunya. masa bulan pertama dan kedua, operasi membasuh amat kerap. boleh dikatakan asal ade kotor mesti lap. plg malas pn ujung minggu basuh teruk2 ala ala basuh moto gitu. angkut je ke dalam bilik air, simbah, bilas, gilap.



dan ni yang paling latest. handlebar grip ditukar kepada SRAM Make The Leap Red color. seatpost juga bertukar kepada silver. brand apa da lupe. yang lain remain the same. other modification maybe? hmmm... nak tukar handlebar kepada drop handlebar. lain.. maybe rims. 5spokes? nanti2 dulu. pokai gwa. dan last skali, frame. dan gwa dapat jangkakan.. akhirnya bli baru je. haa.. $$$$$$$$$$





Wednesday, October 5, 2011

Fixie Revealed

Salam. memperkenalkan.... fxie gua yang baru selamat sampai dari posting yang gua janjikan dahulu. mari kita lihat.


so ni lah die.
ade yang lama tunggu gua nak revealed fixie ni setelah sekian lane gua mengidam. finally dapat jugak hasrat gua tercapai.

cards on the spokes tu memang da lame ade. x caye refer older post. tinggal nak pasang je lepas da siap. card tu macam identiti gua bersama fixie jugak la.. nak kata trademark pon boley..

begitulah juga dengan sticker yang gua tampal kat tube body. yang lain, x da perubahan. sume jadi lepas gua siap pasang sume. maybe ni post terakhir yang berkenaan fixie gua. x da idea lagi pe nak post. haha wait untill see je lah ok.

da~

Monday, October 3, 2011

Fixie madness 2.0

salam. gua nak wat satu announcement, fixie gua da sampai bilik dengan selamat. tepat hari isnin, lepas abes lecture, dalam kol 10 gitu, gua dapat 1 call dari unknown number. gua angkat je suara nak otai je. nak tau ape die cakap? " salam, ni ****** ke? ni ade barang awak baru sampai. awak beli ape ni dik? tv plasma ke?" hahah. ade ke patol die kate tv plasma. memang mampu pon nak beli. tu mungkin sebab die tengok kotak die besar sangat kot.. cam ni ha.


sedepa la siot nak pelok. memang x lepas. sempat la gak nak skodeng sket2 dari lobang yang ade kat situ. tapi nampak rim je.... dengan pantas, gua unboxing! ni tengok!




dah memang sampai x siap pasang kene la gua cari alternatif lain ank pasang. mule la geledah tools2 orang dari kerete sampai moto. memang 90% sama macam gamba yang gua anta kat supplier tu. refer gamba paling last. ni plak barang2 kecik die macam handlebar, saddle.



ni lah graphic yang gua cube bayangkan kat supplier supaya impian fixie custom made menjadi kenyataan.

gamba full size fixie lepas makeup semua?? nanti dulu... gua nak bikin kasi abes siap mampus punay baru publish.. hehhe

Friday, September 30, 2011

Hadiah Pertama utk Fixie gua

Salam guys. bertemu lagi dalam isu yang sama. boringkan? klw boring, kasi pangkah sama ini tab. x payah baca lagi ley... gua mau cite sama orang yg mau ikot update fixie order gua saja pun.

tepat semalam, dalam masa gap kelas dalam 4 jam, gua meluangkan masa untuk stanby make up fixie gua. salah satunya cards in spokes dan satu lagi yang paling penting membrandskan fixie gua untuk tatapan awam.

dalam 3 artboards gua setelkan dalam 1-2 jam jugak lah untuk design sume bende yang nak dibuat. mase tulah mase yang paling best sebab gua dapat bayang kan smartness gua bile buat cam ni, cam tu... datangla macam2 ilham. ade yang baru trace dari 0, ade yang pakai design sedia ada. salah satunya ni ha.

 
gua da design lepas tu print siap siap bagi nampak gambaran jelas. krlbrands tu memang sedia ada tapi simbol atas tu baru design. simbol tu namanya echeleon. korang google sendiri. yang betol2 tau je paham.

 untuk card in spokes, gua pilih ape ape gamba, dp, logo, yang menjadi identiti gua. yang pkai tudung tu bukan identiti gua tapi gadis gua yang akan gua. ehem ehem. x nak la cite details pasal sume gamba gamba tu. korang stalk la sendiri. kalaw nak lah




ni lah antara 2 sticker yang da siap anta kedai soh buat. sesungguhnya gua memang x tau nak bikin sendiri lah. bagi yang nak try bikin cutting sticker sendiri, korang boley cube pegi Plaza Alam Sentral Shah Alam, kat tingkat atas sekali, berdepan dengan kedai sticker master. pintu depan die menghadap eskalator. nama kedai? x engat. sory ok. Kos untuk 2 ni cume RM8. murah jugak sebab custom kan...



 da print cantek da semua, potong elok elok sket, anta kedai lagi untuk laminate. memang gua x de machine die. boley je buat sendiri. senang je pun. poyo.

da siap laminate, potong lagi. untuk finalized shape. ni la yang gua akan kumpol untuk buboh kat spokes. bile bile je nak tukar. suke hati. memang jadi perhatian sebab bila tayar tu spin, bendi ni macam distract orang. memang la x nampak tapi once ko stop, atau slow down, orang akan cube tengok details kad kad tu. gua x de hal tercicir pun sebab bende ni senang buat dan bialah card ni jadi kenangan cewah sebab gua ade jugak promote blog ni! haha.

Wednesday, September 28, 2011

Kegilaan yang serius

Salam. lame x update an? biasalah awal awal sem ni.. busy berpanjangan. daripada function show kat Sepang International Circuit, registration course, project megastructure design kat faculty lagi, etc. tu yang lama parak tu. so ni lepas abes kelas, tibe rase nak bukak pulak blog. hehehe

back to topic, ape yang giler sangat? ha... ni name die giler terhadap sebuah kenderaan yang go green megah berputar di atas jalan sambil mengeluarkan peluh. it is FIXIE.

APAHAL?

baru je tadi gua da tempah sehelai fixie. daripada supplier kat Melaka. knape melaka? sebab..... supplier tu je yang ada webpage yang agak dipercayai dan mudah berurusan dengan boss supplier tu. rupe fixie gua mungkin akan menyerupai macam gamba no 3 tu. gua lukis sendiri pkai illustrator sebab gua nak try matchkan color color yang sesuai mengikut tema color yang gua minat.  dalam realitinya, macam gamba no 3 &4.



 eh natang ape kat spoke (rims) tu?
tu la namanya card. haha. x tahu ea? ok..
card ni satu hal gak. bile tengok koleksi gamba gamba fixie yang cool kat tenet, rase anxious jap bile tengok ade something attached kat spokes fixie tu. gua pon start la google. "card in spokes". NAH KAU. bukan main meriah lagi gua tengok pattern card yang rider ni letak. start dari tu, macam macam la segala card yang pernah gua bikin nak letak kat situ. salah satunya tag card bandcamp gua yang lepas lepas. ok. memang gua ade bawak dan simpan lagi. x cukop dengan tu! da name noob graphic designer, asal ade idea datang, macam2 la nak design.




ade x soklan "knape banyak color merah putih hitam je?"  ha.. salah satu sebabnya adalah gua admire Jared Leto 30seconds to mars dalam video kings and queens

Tuesday, June 21, 2011

Jenis Blog macam mana yang KRLBrands follow

hey fellas! 


da makan? bwat pe tu? sorang je ke?


(jawab la pliz.....)


ha.. sambil2 blogging baca entry2 pasal hackers, eclipse, shawl, makanan sedap, orang putus cinta, bagai, ni aq nak cite pasal bg cemane yang aq follow..


utk pengetahuan korang, memang aq de 2 blog x termasuk website yg x siap g.. dan blog itu adalah


1. http://kaprileader.blogspot.com/


2. http://krlbrands.blogspot.com/


ok2, aq cite pasal beze 2 blog ni memandangkan aq x femes macam joegrimjoe, ben ashaari, haniszalikha, dll.. (yg x sebut tu kire femes gak, cume aq je x tau)


blog yg first tu adalah blog pertama aq dalam dunia maya ni... asalnya memang x bermatlamat.. bajet macam nak bwat diari konon.. geli je aq dgr. lepas tu aq banyak bwat macam bende2 grafik  cap ayam, sampah, komen2 pasal orang2 sekeliling, tutor2 yang bukan2, dll.. so x lame lepas tu, x la lame sangat, dalam setahun gak.. aq rase cam serabut nak kne carik balik post2 aq yg berkaitan dgn topik2 tertentu... memandangkan aq de minat yg sedalam 2.5meter kepada graphic design, aq mendecide dan memutuskan untuk memisahkan 2 agenda yang berlainan bapa kepada blog yang berasingan.. maka lepas tu terhasillah 2 blog yg aq handle. wah.. da macam sejarah gak aq karang ni. lepas ni boley la tag *history lepas siap.. klw korang cek sekarang gak kat bawah tu aq letak ke x, aq bg singget.. hahha


dah cukup pasal asal usul 2 blog ni. tu je... ada apa soklan, tanye kat komen. I'Allah aq jawab sejujur hati yang suci.


so, nak tau ape blog yang aq follow?? ha.... jeng3.... *drum roll...



bbbrrrr
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
r
DOOM!




ciri2 nya seperti berikut:


x semestinya blog awek cantek


x semestinya mamat ensem


x semestinya blog femes


x semestinya pasal bola


x semestinya da ade ramai followers


x semestinya da follow salah satu blog aq


tapi....


blog yang bertemplate smart


blog yang simple


blog yang ringan


blog yang banyak menceritakan pasal tutorial2 adobe illustrator dan photoshop


blog yang selalu menceritakan prinsip2 hidop yang aq rase macam... (eh, betol jugak!)


blog yang selalu letak gamba2 vintage, typography, rare dan ade wow factor


blog yang ade unsur2 humor


dan blog yang mane aq suke. hehe (play safe)

Thursday, June 9, 2011

Dilemma

nak masuk ke x ea pertandingan ni... any respons... ini untuk try luck je.. x mengharap sgt pn nak menang.. klw menang pon bwat bayar yuran pengajian next sem je la....


details for the competition adalah seperti berikut:-


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO UNTUK BULAN INOVASI UiTM 2011


Berikut merupakan terma dan syarat penyertaan.


SPESIFIKASI

Saiz
Rekaan logo perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam bentuk softcopy dalam bentuk jpeg (CD) atau AI (illustrator) dan dalam bentuk hardcopy bersaiz A4 yang berukuran 210mm x 297mm dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam berukuran A3.


Rekaan

Setiap warna dan reka bentuk pada logo yang dicipta perlu disertakan bersama penerangan dan rasional tertentu. Rekaan logo boleh dibuat dalam bentuk 2 atau 3 dimensi.

Warna
Peserta hanya dibenarkan menggunakan 3 kombinasi warna iaitu warna ungu, emas dan perak. Warna gradient tidak dibenarkan.

Kegunaan logo
Logo yang dicipta hendaklah sesuai digunakan untuk tujuan promosi sempena Bulan Inovasi UiTM 2011.

Keaslian logo
Rekaan logo perlu asli dan tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama serta tidak mempunyai sebarang unsur peniruan dari sumber-sumber lain.

Tema
Inovasi Pemangkin Destini Idealistik

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.     Terbuka kepada semua warga UiTM (staf dan pelajar).
2.     Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 3 penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta.
3.     Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.
4.     Peserta hendaklah memastikan hak cipta logo yang dihasilakan terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak cipta logo.
5.     Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik pihak penganjur. Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik intelek penganjur.
6.     Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.
7.     Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang dikalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang pertama.
8.     Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

PENGADILAN
1.                    Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik khas oleh penganjur.
2.                    Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH
RM 500, plague berserta sijil penyertaan.

TEMPOH MASA

Pertandingan bermula pada 13 Jun 2011 sehingga 30 Jun 2011. Penyertaan boleh dihantar ke alamat berikut:


Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat

Sayap Kanan, Banggunan FSK 6

UiTM Kampus Puncak Alam

42300 Bandar Puncak Alam

Selangor Darul Ehsan


Tuesday, November 9, 2010

Another Participation!

hai mate!!
bru je tadi KRL participate dalam satu lagi pages yang melibatkan tshirt design...
ni page die http://www.rekatee.com..
penah dgr x?? klw x, korg bley search kt facebook.. type je rekatee..

konsep dorg ni senang je.. setiap design yg disubmit akan divote oleh para voters seluruh dunia.. vaote yang tinggi tanpa di specifiedkan jumlahnya, akan diprint t shirtnya dana akan dijual seluruh Msia.. kedai ape? itu x sure.. due date pon die x released lagi..

sebenarnya KRL da lme submit design t shirt kay cni.. dalam 20 tw x! tp dorg cakap branding sendiri x bley letak dalam design.. so kne la start dari 0... actually design format psd pon da ilang sebab harddisk corrupted.. kesian doh.. huhu.

x pe.. cuti ni, KRL akan membzkan diri dengan tshirt design dan logo design.. korg klw nak bz kan aq lg boley gak... kurang2 KRL ade hasil cuti ni... heheh..


ni interface web dorg..  http://www.rekatee.com..


Sunday, November 7, 2010

Sepetang bersama Ai

sweet an bunyi die??
haha..joke.. ni je lah hasil bile petang2 x dapat nak bsukan, malam plak tpakse stdy.. so after paper, tros mrah2.. last2 Adobe jadi mangse.. kesian die.. kne pulon sampai petang.. skali jalan je tros save.. rilek suda..

men2 gradient je pon.. tp kne bnyk try sebab kadang kaler match dan kdg2 x..
layer yg agak banyak telah digunakan.. x management langsong.. xpe. aq bukan budak bisnes yg mmg sillabus hari2 pasal bisnes. aq lah engine!! memacu kemajuan dunia!! (keluar gelombang bile cakap cm ni)..


nampak tu layer ke brape??



logo ni aq rembat.. siryes

cm tu la ending die sebelom save...

Thursday, November 4, 2010

4 Awards ni bukan cap ayam ok...(version designer)



haha.. aiyok... x taw... sape bwat... image da blur...  cm ne nak tgk ni???

ahha! ade 4 awards style2 dari KRL utk seisi blogger.. sume ni bukan cap ayam pny ok..  naseb la sape yg dapat.. sape yg dapat award ni nnt tolong la sedekah2 kat sape2 yg pemenang tu rase layak..

bile nak release?? rilek.. satu2.. jgn gelabah.. KRL pn ade final gak mcm student2 U len.. hehe.. so tggu la yer.. bia KRL pike dulu sesape yg layak sambil2 bw tu.. agak2 cam nak dapat tu... rajin2 la kacaw kotak jeritan http://krlbrands.blogspot.com/ blog ni... dapat da tips2 nak menang anugerah KRL??

good luck..
(proses penamaan calon telah pon bermula)

Logo design update


latest version of suarapeople logo
(touch up update)

Saturday, October 30, 2010

Bahagi masa antara study, dan On9.... (cam best je)

HI!! 

mggu depan aq de paper calculus.. otak bley naek gler klw study lelame.. klw aq la..
korg yg pandai2 ni rilek sudeyh... sambil2 aq on9 mase study, ataupun study mase on9, aq tergoogle lah sume note2 .pdf ygf stakat ni da 9 file yg da download.. sume 2 campor dr chapter awal sampai mampos (habis la mknenye..)

bile penat study tu an... (an3X) sebenarnye aq boring atau tension.. bukanlah penat macam ko berlari rentas desa permai kg. medan.... tp... tu lah! aq da ckp td an.. (an3x)..

so, ape yg aq bwat adalah, just open mne2 tutorial (yg ni bukan calculus) adobe Ps atau Ai mne2 version (CSX).. korg just buffer... klik pause. bia je loading merah tu jalan tkedek2 sampai mampos (habis la tu)..tu pn klw tenet (teeeetneneneeeet... bnyi trumpet) korg lmbat mcm wifi aq ni ha...
dah loading ape sume bagai, tinggai je... ko troskan BW (jalan dalam halaman rumah En blogger) selama beberapa minit klaw study lebih sejam...

then, stuby blk..
eh! kertas graph pn bley dwnload??
(abes cite utk figure dibawah..)


nampak x tab yg aq bukak tu?? aq puas hati gler tgk.. sampai icon je yg nampak..
agak2 masenyer da sampai, kte play sume video2 tu!!! lalalalallaa
.
.
.
.
.
.
..

.
.
.
.
..
.
.
.
agak2 da abes, klw mane rse best utk dishare, bubohla dkt page KRL di facebook.. (link)
KRL x marah pny klw share bende2 ni... siryes.. x tipu pny lah!!


Wednesday, October 27, 2010

Desktop wallpaper buatan sendiri!!

hi, kli ni nak ajar cm ne nak bwat desktop wallpaper buatan sendiri...

mule2, download dlu wallpaper dekat sini.. download tiga3 sekali ok...
pastu bukak folder yg korg simpan tu.. right klik salah satu gambar seperti brikut


then cari lah set as desktop background.


see?? desktop korg da btukar wajah!! tp tu baru sekeping jer... klw nak tige2, klik kanan lagi kat logo KRL, (padahal mane2 pon boley) cari plak personalize



windows plak akan menunjukkan screen ni! kat bawah tu plak ade desktop wallpaper. ape lagi! tekan la!


 mase ni lah korg nak select kesemua wallpaper yg korang download.. dalam hal ni, select 3 je lah..

sekarang, wallpaper anda sudah pon sempurna 3 helai... ermmm.. theme yg laen2 tu theme i ye.. jgn salah paham..

sekarang, tgk! simple but nice! tggu ble wallpaper tukar kaler.. cool gler!
(ade slide2 yg kne dsorokkan atas privasi si author)

Tuesday, October 26, 2010

Kehangatannya sket lagi terasa

Sneak preview blog template yg akan direleasekan x lame lg..


 design akan diupdate kan sebab ade bende2 yg perlu difikirkan lagi... dalam version baru ni, KRL akan mula mencari sumber pendapatan dengan mnggunakan sume bakat yg ade dan yg tmampu... tp ni bukan senang.. sbb tu x ley rush.. nak letak komitmen yg banyak dalam 1 masa adalah satu yg agak mencabar..

lepas ni KRL akan mengambil tempahan2 daripada mane2 customer seMsia. harga compem ley negotiate. ntah jadi ke x.. kte try dlu.. tgk mcm mne.. ape2 komen, link2 yg related, dan idea2 yg menarik boley diajukan dalam komen bawah ni atau shoutbox..



nak tgk design pre-released KRL Brands??
silakan lah.. page ni masih lagi dalam fasa Pematangan,, haha... 



Monday, October 25, 2010

Paper + Illustrator = Papetrator

Berakhirlah paper pertama yg telah selesai djawab...
komen pasal soalan?? no komen. tp pic .gif ni telah aq rembat dari mane2 web yg aq sempat explore sepanjang aq study subjek ni.. totally berkenaan enjin. yes mmg aq mnat kete tp x mampu bkerete. tp aq rilek... tenang sudeyh.. x perlu rush kot.

sebenarnya, petang semalam aq bersiar2 keliling Shah Alam teman houseMate (photographer) outing (term bg photo2grapher yg kuar semata2 take the best shot). so, dictu aq dapat la sket tech2 camera zaman sekarang... aq tw light trail, reflection, awan yg terbaek, exposure, dll. style sebenarny jd mereka ni. kenapa aq x minat?? sebab kos sangat tinggi baek intro sampai maintainance. tp klw pandai cari duet, x de hal lah..

minat aq sebenarnya lebih tertumpu pada graphic design. sebab bg aq creativiti ni datang dari satu canvas putih atau blank.. ape yg kite akan bwat utk canvas tu adalah ape yg sempat ko imaginekan... tapi mestilah dibantu dengan software2 yg membantu.. tu lah datang nye 'design'.. 

lepas paper aq nk try beberapa image Ai yg aq download minggu ni.. sangat mengagumkan..  Adobe illustrator generally mggunakan vector ( yang x akan pecah bile di expandkan). so, create lah pape shape yg rare2. mesti kemas dan sharp. klw nak start dr 0, mmg illustrator adalah software yg tepat. hmm... sekarang ade sape2 yg bley tolong bwat free tutor Ai utk aq?? lalalla.....





serba sedikit gamba yg aq download dan edit. mereka ni merupakan ilham2 aq ble mase aq memerlukannya nanti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails