Thursday, June 9, 2011

Dilemma

nak masuk ke x ea pertandingan ni... any respons... ini untuk try luck je.. x mengharap sgt pn nak menang.. klw menang pon bwat bayar yuran pengajian next sem je la....


details for the competition adalah seperti berikut:-


PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO UNTUK BULAN INOVASI UiTM 2011


Berikut merupakan terma dan syarat penyertaan.


SPESIFIKASI

Saiz
Rekaan logo perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam bentuk softcopy dalam bentuk jpeg (CD) atau AI (illustrator) dan dalam bentuk hardcopy bersaiz A4 yang berukuran 210mm x 297mm dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam berukuran A3.


Rekaan

Setiap warna dan reka bentuk pada logo yang dicipta perlu disertakan bersama penerangan dan rasional tertentu. Rekaan logo boleh dibuat dalam bentuk 2 atau 3 dimensi.

Warna
Peserta hanya dibenarkan menggunakan 3 kombinasi warna iaitu warna ungu, emas dan perak. Warna gradient tidak dibenarkan.

Kegunaan logo
Logo yang dicipta hendaklah sesuai digunakan untuk tujuan promosi sempena Bulan Inovasi UiTM 2011.

Keaslian logo
Rekaan logo perlu asli dan tidak menyentuh sensitiviti kaum, budaya dan agama serta tidak mempunyai sebarang unsur peniruan dari sumber-sumber lain.

Tema
Inovasi Pemangkin Destini Idealistik

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.     Terbuka kepada semua warga UiTM (staf dan pelajar).
2.     Setiap peserta boleh menghantar tidak lebih daripada 3 penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta.
3.     Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.
4.     Peserta hendaklah memastikan hak cipta logo yang dihasilakan terpelihara. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hak cipta logo.
5.     Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hak milik pihak penganjur. Penganjur mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik intelek penganjur.
6.     Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.
7.     Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang dikalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang pertama.
8.     Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.

PENGADILAN
1.                    Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik khas oleh penganjur.
2.                    Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH
RM 500, plague berserta sijil penyertaan.

TEMPOH MASA

Pertandingan bermula pada 13 Jun 2011 sehingga 30 Jun 2011. Penyertaan boleh dihantar ke alamat berikut:


Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat

Sayap Kanan, Banggunan FSK 6

UiTM Kampus Puncak Alam

42300 Bandar Puncak Alam

Selangor Darul Ehsan


3 comments:

KRL kaprileader said...

menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik intelek penganjur.
6. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta.
7. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, pihak penganjur berhak untuk tidak memilih pemenang dikala

Hidayah Murni said...

wahah!msok la weh!mesti gempak~

inn said...

try je la...mne tau ada luck!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails